Tuesday, 23 August 2011

BOTAK II


Sambungan dari sini

Okay, sebelum ni aku dah story mory cerita pasal BOTAK versi sekolah menengah. Kali ni aku nak cerita BOTAK versi universiti.

Nama penuh beliau Mohd Hidayat Amaruddin. Nama sikit beliau BOTAK(ade lg org lain pggil die guna name lain). Sebab ape Botak, sebab die penah botak time die Diploma kot? Seseorang yang memiliki kening yg sgt 'rare' di bahagian kiri beliau sehingga melayakkan kening beliau terpilih sebagai model kening untuk majalah REMAJA edisi 15 April 2011 yg cover girl dia Sharifah Amani (yg penah memBOTAKkn kepala). Kening aku pun terpilih! (kalau xpercaya suka hati korg lahh). 
Gambar ini dicuri dari facebook beliau
Beliau ni sebenarnye senior aku se'tua' 2 semester. Beliau ni pada mulanya aku xsuka sebab poyo, bajet senior siap penah sound batch aku lagi mase aku Part 2 diploma kt Uitm Perlis. HUH~! Akibat kepoyoan die sound batch aku dulu, amek kau! sekarang dah satu batch ngan aku. HAHA! Padan muka ang! Aku rapat(rapat ke?) ng beliau pun selepas sesame melanjutkan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi di Uitm Shah Alam. Time tu kami menyewa di rumah sewa abang Zaidi bersama2 sehingga la beliau dpat call up untuk main bola dengan Uitm. So, beliau terpakse la berpindah ke kolej meninggalkan aku dengan seorg lg mmber terkontang-kanting. Haha! Tapi walaupun kami tidak tinggal sebumbung, tapi kadang2 kami masih makan bersame(walaupun budak bola disediakan makanan), tengok Maharaja Lawak sesame, tengok game ManUtd sesame. Beliau juga pandai cari aku mase musim final exam dan musim test. Konon2 nak study sesame. Kesudahannye, beliau akan end up dengan laptop ACER aku nihh manakala aku end up dengan tilam yg siap dengan pakej bantal. Haih~ Botak2........

Beliau ni seorang yang pandai tp MALAS. Kadang2 aku describe die sebagai seorang yg kurang cerdik. Yelah xpasal2 ko extend Diploma ko sebab xdatang waktu BRASS BAND untuk 2 semester kot kalo xsilap. yang pasal subject2 lain tu malas lah aku nk cerita. Die kantoi bukan sebab fail die xphm or xtau. Tapi sebab MALAS.! standard la orang melayu kn. Hahaha!

Walaubagaimanapun, beliau merupakan seorang pemain bola sepak yang handal. Setakat nk dribble beberapa orang tu, beliau kecikkn sket mate selamber je lepas siap gelak2 nganjing lagi kalo lepas. Kalau xlepas beliau akan mental. Haha! Tujuan kcikkan sket mate beliau adelah sebab beliau ni rabun. Beliau kate dengan menggunakan teknik mengkecikkan mate dapat membantu retina beliau untuk menfokuskan imej. SEE! Pandai kn beliau? Hmm. Tapi handal2 beliau ni main bola pun, sejujurnya aku xpernah tengok dengan mate aku sendiri die skor penalti. Baik time main ng Uitm Perlis or Uitm Shah Alam. Aku ulangi aku xpernah TENGOK ataupun LIHAT dengan mate aku sendiri sama ade dalam keadaan mate yg kecik ataupun besar. Kalau ade beliau skor penalti pun mesti aku xtengok game tu. Haha. Dan yang terbaru ianya berlaku ketika perlawanan akhir Liga Bolasepak IPT antare Uitm Shah Alam dan Kolej Komuniti Kedah. Uitm Shah Alam menang penalti setelah terikat tanpe jaringan pada 120 minit perlawanan. Dalam game tu beliau dimasukkan pada minit ke 119. Nampak sgt function die time penalti je. Haha. Beliau ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti yg pertama dan pada ketika itulah terserlah gaya ala-ala Paul Scholes nk anta long ball ke arah Nani di hujung padang. Beza Botak ng Scholes, Scholes target Nani sedangkan Botak target palang. Persamaan mereka berdua adalah kedua-duanya berjaya sampai ke target masing2 dengan jayanye! CLAP! 2x* Nasib baik Uitm menang. Kalau xmenang arituh, confirm diorang kalah.
lebih kurang mcm ni la gaya dia
Hmm..berakhirlah kisah 2 orang budak botak dalam hidup aku. Haha! Sekarang ni aku ng Botak RMC masih lagi keep in touch tp agak jarang bertemu. The best thing pasal Botak RMC nih, dia penah pick up aku kt Puduraya pada waktu orang lain tengah tido. Pkul 4 pagi woii!. Tapi aku tau dia boleh pick up aku sebab dia ni burung hantu. Haha. Tido pagi, berjaga malam.

Botak 'Mr Penalti' ni plak aku akan mengadap lagi kening pelik dia untuk 3semester akan datang~.......

Telinga CURL-LINK dan CURRY-PUB

Untuk berbuka, aku xkisah makan ape pun. Tapi aku sangat kisah kalau berbuka tanpa KUIH. Tak kisah la kuih ape pun, yg penting die KUIH. Dua jenis kuih yg paling aku suka kuih deram dengan karipap. Sebab ape..? Sebab dua kuih ni meduduki carta teratas kuih yang wajib dimakan aku pada bulan Ramadhan 1432 Hijrah
Cuq Neram

Alhamdulillah, xsusah aku nak cari kuih deram ni kt bazaar sebab ade satu gerai yg jual panas2. Kuih deram ni aku suka makan time die suam2 kuku. Kalau jenis yg dah packing dalam plastik tu nak bagi aku, mintak maaf. REJECT. Aku start suka mkn kuih ni time belajar kt Uitm Arau. Kuih Deram yg ade jual kt pasar malam RPA tu sangat menyelerakan. Kalau xsilap aku orang perlis panggil kuih ni 'cuq neram'. Eh?

 Mula2 aku panggil kuih ni kuih telinga Curl-Link sebab bentuk dia ada iras2 telinga dan kaler die yg iras2 Curl-Link. Tapi bila dapat kt rummet aku, name kuih ni jd kuih telinga ROY. Haha. Kalau aku beli rm1, dapat dalam 7biji. So, sebab 7biji je, aku akan habiskan sebelum sampai bilik. Haha. Kalau rezeki lebih baru aku beli rm2 dan share dengan rummet nikmat telinga ROY ni. Nak tau ape kaitan name Roy dengan kuih ni. Persamaan kuadratik berikut mungkin dapat menjawabnya:

Telinga Roy = Telinga Curl-Link, so Roy adalah.......


Karipap
Kuih karipap feveret aku sepanjang zaman. Inti kentang dan keledek memang terbaik. Sesekali nk tukar selera, inti sardin menjadi pilihan. Selain daripada 3 inti yang dinyatakan, mintak maaf. REJECT. Bazar Kluang ni rata-rata karipap yang dijual oleh para peniaga sangat mengundang. 5 gerai aku pergi, 5 gerai aku maki. Pahala puasa sepanjang hari terjejas saat azan Maghrib didengari. Ternyata karipap tidak dibuat dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Untuk tidak kecewa buat kali ke-6. Aku ajak mak aku pergi beli tepung gandum dengan kentang sekilo, daging cincang sekilo. Balik rumah buat sendiri. Setakat ini, mak aku gagal untuk mengecewakan aku dengan karipap dia. Cuma aku je yang pernah sedikit kecewakan orang sebab karipap masin buatan sendiri. Haha.

Aku nak bagitau sikit,
Kepada para peniaga juadah di bazar, anda diseru untuk meningkatkan kualiti makanan anda terutamanya kuih karipap. Alasan berpuasa pada siang hari tidak boleh dijadikan alasan serta halangan kepada penghasilan juadah terutamanya kuih karipap yg berkualiti tinggi. Tindakan seperti merasa terlebih dahulu resipi anda di malam hari dapat membantu anda2 meng'edit' resipi juadah anda sekaligus dapat menghasilkan juadah yang berkualiti tinggi dan berjaya memuaskan hati kami yang berpuasa sepanjang hari.

KALAU MAKANAN KAU SEDAP, ORANG DAH TAK KISAH PASAL HARGA.

Thursday, 28 July 2011

BOTAK I

Entri dibuat sebab aku sedang rimas dengan keadaan sideburn aku yang enak mencucuk2 lubang telinge aku. Walaupun xdelah panjang mane rambut aku ni, tapi ia mampu membuatkan aku geli lubang telinge berpunca dari sideburn aku sendiri. Sesungguhnye aku adalah seorang yang tidak selesa dengan keadaan rambut panjang. Masa aku zaman aku sekolah rendah sampai la sekolah menengah, rambut aku menjadi pengikut tegar SKIN HEAD yang paling taksub sehingga sanggup membotakkan kepala tuan dia sendiri.
BOTAK itu CUTE
Cakap pasal botak, korg mesti terbayang sebuah kepala yang tidak mempunyai rambut atau kalau ada rambut pun sangat lah sedikit. Botak ni aku pasti semua orang penah botak. Baik laki, baik perempuan semua penah botak. Tak kisah la sama ade lahir2 je korang dah botak ataupun bg budak lelaki yang kecik2 pesen rambut diorang mesti botak. Ade jugak yg botakkan kepala sebab ade masalah rambut seperti GUGUR dan pertambahan usia. Bagi sang pelakon, memBOTAKkan kepala kononnya adalah satu tuntutan sebagai seorang pelakon dan dilakukan atas dasar SENI. Eh sial lah! phuiii!

Botak dengan aku suatu ketika dulu adalah amat sinonim. Orang kate rambut dan kepale seakan2 tidak boleh dipisahkan. Tetapi tidak bagi aku (mcm la aku botak licin sampai rambut xtumbuh). Maklum lahh, sekolah askar kn. Aku rmbut pnjang sikit tu pun lepas dah form 5. Haha. Tapi still ade jugak orang yg dengki ng aku. Budak batch aku mesti xkan lupe Kapten MD NOR (name btol die aku xtau, sape suruh sial sgt). Orang yg bertanggungjawab membotakkan kepale form 5 sekaligus mencalar pride kami di depan junior. Haha. Tapi igt pride nk calar mcm tu je ke? Skuad aku lantas mengambil langkah drastik dengan memberi 'arahan' kepada junior2 BRAVO company untuk membotakkan kepala senipis mungkin. Haha. Yang f4 diberi arahan mcm tu jela. Bagi form 3 n New Boy, kitorg 'design' dulu rambut diorang mengikut suka hati kitorang la. HAHAHAHA.
Form 5 yg botak

Seingat aku. aku ade 2 orang kawan yg boleh kate rapat jugak la yg dipanggil botak. Sorg time sekolah, sorg lagi time universiti.

Yang BOTAK version sekolah name die botak. ehh. Mohd Syafiq Azman name sebenar die. yg start panggil die botak mestilah senior2 sebab mase dia mula2 masok RMC die botak. Mungkin dia ingat nanti dah kt RMC xyah nk beratur2 time kena potong rambut jd botak. Ternyata dia silap sebab time kitorg beratur potong rambut, die kena buli ng senior. Haha. Kalau xsilap aku laa. Tapi aku start panggil die BOTAK time aku form 3. Haha. Sebelum2 tu aku panggil dia SYAFIQ. Haha. Bila ingat balik rase cm skemaaa. Err. Pengalaman aku yg paling best dengan dia ni mase Form 2 la. Aku xkan lupe cerita ni sampai bila2 n bila aku ingat aku gelak sorang2. Haha.

Cerita die bermula bila ada satu malam tu aku, Botak ng Sepul bet sape dapat tido awal die menang. Haha. Betting ni dibuat mestilah bersebab. Sebabnye dulu mase kitorang Form 2, potensi untuk tido lepas 'Lights off' adalah mustahil. Mesti kena panggil ng senior2 untuk 'berkhidmat' kepada diorg. Bersesuain la dengan motto RMC, 'Berkhidmat. Memimpin'. Nak dijadikan cerita, satu malam yg hening tu, kitorg mcm dah bebas dari cengkaman senior sebab diorg bz nk SPM. Time tu kami bertiga dah happy n sambil tersnyum2 masok dalam kelambu masing2. Xleh describe la happy time tu cemane rasenye. Tapi xdelah kitorg tidor terus, sembang2 kencang sket smbil bantai gelak. Tetibe de sorg senior ni masuk. SUO SHAZLI (sumpah dia naik pgkat jd SUO terus poyo, hilang respect aku kat die sebagai presiden PPI). Dia memanggil newboy untuk jd kuli batak dia malam tu.

SUO: Weh NEWBOY sorg..!!
Aku, Sepul, Botak : 'masing2 senyap, membatukan diri'
SUO: Weh NEWBOY..! korg xdengar ke aku panggil..?!! (suare poyo die da start)

Kitorg still senyap*

SUO: Sial NEWBOY..!aku panggil korang xjawab..! (si poyo ni dah start piss off). Aku kire sampai 10. Sorg pun xbangun, satu bilik ni kena..!!!!!

tetibe,

Botak: saya TUAN (sambil menyuluh torch light ke muka Sepul dalam 2-3 saat lepas tu die switch off torch light)
SUO: Haa..! Sape tu td tu?!!

Kami masing2 xnak mengaku*

SUO: WOI..! Sape td tu..?! JAWAB AAAAHH..! Gentleman la skt..! Sape xnk ngaku malam ni satu bilik aku 'hell'..!

Time ni Botak dah pakse2 Sepul suh ngaku tanpa dia rase bersalah. Last2 sebab Sepul xnk jd punca satu bilik kena, dia pun dengan paksa rela pergilah jugak memperhambakan diri dia. Aku ng Botak dah pandai gelak sampai perut cramp. Dalam 15minit camtu si Sepul ni balik bilik, still kitorang xabes gelak lagi. HAHAHA.! Ape yg berlaku lepas tu aku dah xingat sebab yg aku ingat aku gelak cam orang gler malam tu tp stil cover2 gelak takot kantoi ng senior yang lain. HAHAHHAHHAHAHAHA

*cerita BOTAK universiti aku cerita lain kali*

Monday, 25 July 2011

SEKALI LAGI

SALAM,



Aku baru lepas tengok cerita SEKALI LAGI yang best yg membuatkan aku nk tgk citer ni sekali lagi tiap kali aku habes tengok citer sekali lagi hingga terpakse aku menonton cerita SEKALI LAGI untuk sekali lagi. So, bila nk abes cerita SEKALI LAGI ni yg aku tgk sekali lagi tiap kali citer ni habes sekali lagi hingga.....................................................................ok, penat.

by the way, cerita SEKAL..... err..cerita yg aku tengok ni sangat mencuit dan menyentuh perasaan aku. Mia Sara semakin comel dan lakonannye juga semakin mantap. Lontaran dialognye juga ada peningkatan seiring dengan tahap kecomelan beliau. Saheizy Sam mcm biasa, lakonan yang mantap dan mencuit hati. Lisa Surihani juga tidak menghampakan. Aku rase first time aku tengok pelakon tidak dimekap keterlaluan untuk scene yang xperlu menggunakan mekap seperti pesakit di hospital. Kalau mcm kebanyakan cerita lain, si pelakon mesti di mekap siap berblusher lg walaupun scene nak tido di rumah kampung. kadang2 pelakon yang berlakon watak lumpuh pun dimekapkan mcm nak pergi clubbing.

Overall cerita ni best cuma aku xpuas hati dengan sesetengah jalan cerita die lahh..
- ape kehalnye budak perempuan kecik yg comel mcm tu boleh merayau di tengah2 bandar metropolitan yang penuh dengan pancaroba. Itu MAYBE possible la. Tapi kalau tetiba bdak PEREMPUAN yg umor 4-5 tahun ada dekat lorong2 KL, hmmm, sumthing wrong sumwhere lahh. Kalau budak lorong boleh blah lg lahh. Siap boleh lastik pengepow lg. COME ON LAHH! realistik la sikit..! aku rase director boleh create scene yang logik lagi daripada scene seperti bdk perempuan kecik lastik penjahat. Maybe Amy tu jerit2 mintak tolong ke ape ke.
- Errr. Pesakit mcm Sam tu sah ke urusan jual beli dia? Siap beli eskrem lagi, KFC bagai. Haha!

Okay la, maybe ada yg cakap biasalah name pun cerita rekaan tapi fikirlah sket wehh. Cerita yang nak dibuat tu more tu cerita yang berlaku dalam hidup kita seharian. Tapi kalau sesape nak amek contoh filem2 yg gne CGI pastu nk condemn aku, baik xyah. Transformers tu pun kalau ikotkan memang xlogik pun, lagi xrealistik. Tapi kita kena faham konsep cerita tu adalah diadaptasi daripada kartun. Tapi lg, part yg xlogik aku rase adalah part awek Sam Witcwikiwiwkwiwkwi tu pegi ayat MEGATRON sampai si besi buruk tu 'cair'. Duhh~. Ada lagi satu cerita kt astro prima kot kalau xsilap aku. Tajuk cerita tu Sayanggggg Abah ke pe ntah. Watak Zul (si lelaki yg xnk mengaku die BF abby abadi walaupun 1Malaysiaaaaaaa tau diorg ni bercinta) menjadi org yg bisu dan pekak. Yang peliknya boleh plak dia berkomunikasi ng anak angkat die dengan kakak dia. N aku rase bahasa isyarat yg dia guna tu pun xbpe nk betol sgt. Haha. Y not kalau pengarah cerita tu cari je orang2 yg pekak dan bisu untuk berlakon cerita diorg. Dapat jugak bagi job dekat orang kurang upaya ni. Tu pun kalau betul nak buat cerita la. Kalau kau nk untung, gne jela pelakon2 yg ade yg konon yg nk versatile boleh bawak pelbagai watak. Tapi bler berlakon watak yg lain sket, HANCUR.

KESIMPULANNYA, filem SEKALI LAGI merupakan sebuah naskhah yang sangat mantap dari segi jalan cerita yang membuatkan penonton cerita ini untuk menonton cerita ini sekali lagi tiap kali citer ni habes sekali lagi hingga memaksa para penonton untuk menonton cerita SEKALI LAGI untuk mendapatkan kepuasan sekali lagi sehingga habes untuk sekali lagi dan diulang tonton semula untuk sekali lagi mendapat kepuasan yang maksimum dan habes buat sekali lagi sehingga..............................................................................................ok, dah la.

Sunday, 24 July 2011

KALAU AKU....

(Entri ini dibuat sehari lepas game Singapore vs Malaysia)

Singapore vs Malaysia : 5-3

Tahniah dan terima kasih Harimau Malaya di atas 3 jaringan di tempat lawan. Tetapi harus diingat (nada hasbullah awang) Harimau Malaya bolos 5 jaringan gol kepada team Singapura.

Selamber je mamat boroi ni lepas
Game ini menunjukkan kepincangan pertahanan Harimau Malaya. Kononnye gandingan Muslim-Fadhli adalah yg terbaik. Well, aku nk puji sebenarnya, tapi bila tengok hakikat yg sebenarnye diorg dah lepas 9 gol dalam 3 game kelayakan Piala Dunia ni buat aku rase xnak puji. Aku xnak salahkan keeper sebab gol2 yang opponents scored tu pun banyak salah defender. Salah ape aku xtau. haha. Tapi xkire, aku nk salahkan defend jugak yg 2 orang tu. Nampak sangat xde communication. Padahal dah bertaun2 main sesame. Muslim bodoh2 je kena tipu dengan striker 40-an tu. Samelah dengan Fadhli. Come on guys! Orang tua tu wehh. Tapi yelah, kalau orang tu tua tapi boleh main full 90 minutes maksudnye beliau seorang yg memang power lahh. Asra average je tahap permainan dia. Mahali bawah average. Player import China tua yg boroi  pun die xley jaga. Maybe ini menunjukkan kecetekkan pengalaman Mahali mungkin. Tapi last 10 minutes tu memang aku sakit hati dengan Mahali. Maybe sebab dia penat main atas padang tiruan yang buat susah orang nak main bola.
Dan kesimpulan untuk kepincangan defend ni adalah disebabkan salah pasukan Singapura di atas beberapa sebab:
- bajet moden sangat nak main atas padang tiruan. Baik korg pegi main futsal je.
- pengecut sebab pakai player import. Anak singapore jadi tukang cukupkan list je.

Aku rase untuk game kt Bukit Jalil nanti coach kena panggil experience defender yang tenang clear bola, yang pandai sliding tackle, yang solid, yang pandai bace game, yang pandai communicate. Muslim-Fadhli kena tukar dengan Zamani-Subra. Ekceli mmg la Muslim-Fadhli tu buat kita pergi 2nd round Asian Games, menang AFF Cup, tapi diorg main Asian Cup sebab requirements nk main Asian Cup kena bawah 23 tahun dan disebabkan momentum Asian Cup, coach percaya diorg boleh main AFF Cup. Faham? Bagi pendapat akulahh kan. Untuk game2 yang besar macam ni. Pemain senior yang berpengalaman amatlah diperlukan. Player2 muda ni simpan lah untuk masa depan. Malaysia ni pun ramai lagi center back yg power. Subra, Zamani Misbah,  Marzuki Yusof, Shukor Adan, Azizi Mat Rose, yang aku rase solid jugak lah dalam Liga Super. Cube bg peluang kt diorang ni main. Aku rase Datuk K.Rajagobal pantau setiap game liga super tp kenapa asyik muka sama je yang dia guna? Memang la dia lagi arif pasal bola drpd aku, tapi xkan xnampak center back Malaysia sekarang ni mmg xleh pakai ke aku yang xnmpak Muslim-Fadhli ni main bagus semalam ke mcmne? Ape2 pun coach lg berhak la atas team dia kn. Maybe pendapat aku ni based on1-2 game yg aku tengok je banding ng dia yg dah berkali-kali tengok player dia main.

Amar Rohidan mcm biasa. Safiq Rahim kena gantung game kt Bukit Jalil. Aku rase tindakan Safiq adalah sngat xpatot. Mental koyak mungkin. First half pun die commit tackle2 yg xsepatutnya. Mungkin dah sampai mase Shakir Shaari main kot? Long ball, through ball dia superb gak sebenarnye. Ismail Faruqi pun mcm Safiq Rahim gak gaye permainan dia. Kunanlan dah mcm pelesit tapi lack of skill kot? Kalau suruh aku pilih between Amirulhadi-Ashaari-Baddrol, aku prefer Ashaari.

Safee Sali. YOU ARE THE BEST ! Fakri Saarani bolehhh lahh. Abdul Hadi Yahya style main pun lebih kurang mcm Safee Sali. Izzaq Faris? Harapkan tinggi je. Please la register striker lain kalau nk cukupkan list pun. Haa jap. Bg PENDAPAT AKU, coach patut masukkan Gurusamy instead of Izzaq Faris semalam. Passing dia ni pun lain macam sket. Stamina mcm kuda sampai official Sea Games Laos pun buat urine test kt dia pasal syak Gurusamy ni pakai dadah. Haha.

Last But not Least,
Senarai 23 orang pemain KALAU aku adalah coach Harimau Malaya untuk game 28hb nih. Diulangi KALAU......

First XI:
FARIZAL MARLIAS
MAHALI JASULI, NURHAFIZ ZAMANI MISBAH, S. SUBRAMANIAM, ASRARUDDIN
SHAKIR SHAARI, AMAR ROHIDAN, ISMAIL FARUQI
ASHAARI, SAFEE SALI, S. KUNANLAN

Subs:
KHAIRUL FAHMI, SHARBINEE
RIZAL FAHMI, FADHLI SHAS, MUSLIM, ZUBIR
K.GURUSAMY, AMIRULHADI, BADDROL
HADI YAHYA, FAKRI SAARANI,

Digugrkan:
IZZAQ FARIS, NASRIL NOURDIN, HELMI REMELI, AZMI MUSLIM (muka dah macam SHARK)

KALAU AKU COACH MALAYSIA.......KALAU.......................

Saturday, 23 July 2011

Pemecah Bekuan

Salam. First time aku buat blog dan ini adalah sesi pemecah bekuan

Nama aku Aizuddin Amri bin Zainuddin. Kawan2 panggil Din (panggilan lain yg tidak enak, tidak dapat dinyatakan di sini).Family dan sedara mare panggil Amri (termasuk trainer2 True Fitness Giza dgn client2 aku). Ckp pasal 'Amri' and TF ni adalah sangat mengundang.

Cerita dia mase aku, Imie, Amzar  nk start hari pertama kerja jadi trainer kt True Fitness Sunway Giza.Time kitorg nk submit borang kerja kt bos aku, di ruangan nickname aku letak la 'Din'. Then dia dengan selamber sound aku.

Boss: sapa aizuddin amri ni?
Aku: err saya (sambil mengangkat tangan)
Boss: oh, ok. Ko nk aku pggil ko ape?
Aku: emm boleh panggil 'din'.
Boss: HAH? DIN?! ape kampung nama kau nihh.(Imie, Amzar gelak mcm sial). Aku xnk org pggil ko DIN. Buat malu club aku je nnt ade client complaint TF pkai trainer kampung. Aku panggil kau AMRI boleh?!
Aku: (sambil tersenyum kelat) Hehe. Boleh je boss sebab family saya pun panggil saya Amri.
Boss: Ha bagus. Nanti kalau aku panggil Amri jgn ko xnyaut pulak.

OK. Setel pasal nick untuk first day. Nak dijadikan cerita. After few weeks kt club tuhh. Boss aku nk panggil aku. Tapi dia suruh budak panggilkan ARM(amzar). Memang Arm la yg datang bukan AMRI. Bongok punya boss. Kau yg nak sgt panggil aku AMRI. Last2 kau yg confuse. Tapi yang paling buat aku sakit hati, few months later ada staff baru masuk. Name penuh dia aku xingat. Haha. Tapi bos aku panggil dia.......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
BUDIN (dah lelame sikit die dipanggil DIN). Aku terus rase nak pegi sound boss aku. Tapi rase hanya tinggal rasa jelahhhhh......

MOTIF?

Ini adalah entri pertama dan syok sendiri. Sendiri tnya, sendiri jawab.

Kenape kau buat blog ? (2 markah)
- Sebab aku nk tulis pasal ape yg aku rase pasal sesuatu perkara yg berkaitan pasal ape2 je yang aku nak tulis yang xpasal2 membuatkan aku rasa nak menulis.
- Sebab aku bosan asyik baca blog orang dan aku rase lebih baik aku buat blog sendiri dengan menggunakan konsep 'Sendiri Tulis, Sendiri Baca'

Best ke blog kau ni nanti ? Jawab dalam perspektif individu dan orang lain. (2 markah)
- Aku rasa best sebab blog ni nanti aku yang sendiri yg tulis dan aku sendiri yg bace.
- Orang lain MUNGKIN rase xbest sebab diorang xmampu tulis blog aku ni tapi hanya mampu membaca dan sesiapa yg rase best membaca blog ini, diharapkan dapat terus membaca.

Nanti kau banyak bagi fakta ke auta ? (2 markah)
- Tengok la nanti cemane. Kadang2 yg kita ingat fakta tu auta. Kadang2 yg kita ingat auta tu lah sebenarnya fakta. (err..Yang ni pun aku dah rase mcm auta)
- Aku rase mcm nk bagi banyak fakta. Tapi kalau sesiapa yg rase fakta aku tu adelah auta, silalah rujuk jawapan aku yang pertama.

Apa faedahnye blog kau ni ? (2 markah)
- Faedahnye akan dirasai oleh aku kerana aku rase mase aku akan terisi dan aku dapat membudayakan amalan membaca dalam diri aku.
- Kalau faedah kt orang lain aku xtau la ape faedah yg korg dapat. Mungkin sama jugak dengan faedah yg aku dapat.

Berapa lama kau rasa hayat blog kau ni ? (0 markah)
-
-

-Blog soalan tamat-