Thursday, 28 July 2011

BOTAK I

Entri dibuat sebab aku sedang rimas dengan keadaan sideburn aku yang enak mencucuk2 lubang telinge aku. Walaupun xdelah panjang mane rambut aku ni, tapi ia mampu membuatkan aku geli lubang telinge berpunca dari sideburn aku sendiri. Sesungguhnye aku adalah seorang yang tidak selesa dengan keadaan rambut panjang. Masa aku zaman aku sekolah rendah sampai la sekolah menengah, rambut aku menjadi pengikut tegar SKIN HEAD yang paling taksub sehingga sanggup membotakkan kepala tuan dia sendiri.
BOTAK itu CUTE
Cakap pasal botak, korg mesti terbayang sebuah kepala yang tidak mempunyai rambut atau kalau ada rambut pun sangat lah sedikit. Botak ni aku pasti semua orang penah botak. Baik laki, baik perempuan semua penah botak. Tak kisah la sama ade lahir2 je korang dah botak ataupun bg budak lelaki yang kecik2 pesen rambut diorang mesti botak. Ade jugak yg botakkan kepala sebab ade masalah rambut seperti GUGUR dan pertambahan usia. Bagi sang pelakon, memBOTAKkan kepala kononnya adalah satu tuntutan sebagai seorang pelakon dan dilakukan atas dasar SENI. Eh sial lah! phuiii!

Botak dengan aku suatu ketika dulu adalah amat sinonim. Orang kate rambut dan kepale seakan2 tidak boleh dipisahkan. Tetapi tidak bagi aku (mcm la aku botak licin sampai rambut xtumbuh). Maklum lahh, sekolah askar kn. Aku rmbut pnjang sikit tu pun lepas dah form 5. Haha. Tapi still ade jugak orang yg dengki ng aku. Budak batch aku mesti xkan lupe Kapten MD NOR (name btol die aku xtau, sape suruh sial sgt). Orang yg bertanggungjawab membotakkan kepale form 5 sekaligus mencalar pride kami di depan junior. Haha. Tapi igt pride nk calar mcm tu je ke? Skuad aku lantas mengambil langkah drastik dengan memberi 'arahan' kepada junior2 BRAVO company untuk membotakkan kepala senipis mungkin. Haha. Yang f4 diberi arahan mcm tu jela. Bagi form 3 n New Boy, kitorg 'design' dulu rambut diorang mengikut suka hati kitorang la. HAHAHAHA.
Form 5 yg botak

Seingat aku. aku ade 2 orang kawan yg boleh kate rapat jugak la yg dipanggil botak. Sorg time sekolah, sorg lagi time universiti.

Yang BOTAK version sekolah name die botak. ehh. Mohd Syafiq Azman name sebenar die. yg start panggil die botak mestilah senior2 sebab mase dia mula2 masok RMC die botak. Mungkin dia ingat nanti dah kt RMC xyah nk beratur2 time kena potong rambut jd botak. Ternyata dia silap sebab time kitorg beratur potong rambut, die kena buli ng senior. Haha. Kalau xsilap aku laa. Tapi aku start panggil die BOTAK time aku form 3. Haha. Sebelum2 tu aku panggil dia SYAFIQ. Haha. Bila ingat balik rase cm skemaaa. Err. Pengalaman aku yg paling best dengan dia ni mase Form 2 la. Aku xkan lupe cerita ni sampai bila2 n bila aku ingat aku gelak sorang2. Haha.

Cerita die bermula bila ada satu malam tu aku, Botak ng Sepul bet sape dapat tido awal die menang. Haha. Betting ni dibuat mestilah bersebab. Sebabnye dulu mase kitorang Form 2, potensi untuk tido lepas 'Lights off' adalah mustahil. Mesti kena panggil ng senior2 untuk 'berkhidmat' kepada diorg. Bersesuain la dengan motto RMC, 'Berkhidmat. Memimpin'. Nak dijadikan cerita, satu malam yg hening tu, kitorg mcm dah bebas dari cengkaman senior sebab diorg bz nk SPM. Time tu kami bertiga dah happy n sambil tersnyum2 masok dalam kelambu masing2. Xleh describe la happy time tu cemane rasenye. Tapi xdelah kitorg tidor terus, sembang2 kencang sket smbil bantai gelak. Tetibe de sorg senior ni masuk. SUO SHAZLI (sumpah dia naik pgkat jd SUO terus poyo, hilang respect aku kat die sebagai presiden PPI). Dia memanggil newboy untuk jd kuli batak dia malam tu.

SUO: Weh NEWBOY sorg..!!
Aku, Sepul, Botak : 'masing2 senyap, membatukan diri'
SUO: Weh NEWBOY..! korg xdengar ke aku panggil..?!! (suare poyo die da start)

Kitorg still senyap*

SUO: Sial NEWBOY..!aku panggil korang xjawab..! (si poyo ni dah start piss off). Aku kire sampai 10. Sorg pun xbangun, satu bilik ni kena..!!!!!

tetibe,

Botak: saya TUAN (sambil menyuluh torch light ke muka Sepul dalam 2-3 saat lepas tu die switch off torch light)
SUO: Haa..! Sape tu td tu?!!

Kami masing2 xnak mengaku*

SUO: WOI..! Sape td tu..?! JAWAB AAAAHH..! Gentleman la skt..! Sape xnk ngaku malam ni satu bilik aku 'hell'..!

Time ni Botak dah pakse2 Sepul suh ngaku tanpa dia rase bersalah. Last2 sebab Sepul xnk jd punca satu bilik kena, dia pun dengan paksa rela pergilah jugak memperhambakan diri dia. Aku ng Botak dah pandai gelak sampai perut cramp. Dalam 15minit camtu si Sepul ni balik bilik, still kitorang xabes gelak lagi. HAHAHA.! Ape yg berlaku lepas tu aku dah xingat sebab yg aku ingat aku gelak cam orang gler malam tu tp stil cover2 gelak takot kantoi ng senior yang lain. HAHAHHAHHAHAHAHA

*cerita BOTAK universiti aku cerita lain kali*

No comments:

Post a Comment