Monday, 25 July 2011

SEKALI LAGI

SALAM,



Aku baru lepas tengok cerita SEKALI LAGI yang best yg membuatkan aku nk tgk citer ni sekali lagi tiap kali aku habes tengok citer sekali lagi hingga terpakse aku menonton cerita SEKALI LAGI untuk sekali lagi. So, bila nk abes cerita SEKALI LAGI ni yg aku tgk sekali lagi tiap kali citer ni habes sekali lagi hingga.....................................................................ok, penat.

by the way, cerita SEKAL..... err..cerita yg aku tengok ni sangat mencuit dan menyentuh perasaan aku. Mia Sara semakin comel dan lakonannye juga semakin mantap. Lontaran dialognye juga ada peningkatan seiring dengan tahap kecomelan beliau. Saheizy Sam mcm biasa, lakonan yang mantap dan mencuit hati. Lisa Surihani juga tidak menghampakan. Aku rase first time aku tengok pelakon tidak dimekap keterlaluan untuk scene yang xperlu menggunakan mekap seperti pesakit di hospital. Kalau mcm kebanyakan cerita lain, si pelakon mesti di mekap siap berblusher lg walaupun scene nak tido di rumah kampung. kadang2 pelakon yang berlakon watak lumpuh pun dimekapkan mcm nak pergi clubbing.

Overall cerita ni best cuma aku xpuas hati dengan sesetengah jalan cerita die lahh..
- ape kehalnye budak perempuan kecik yg comel mcm tu boleh merayau di tengah2 bandar metropolitan yang penuh dengan pancaroba. Itu MAYBE possible la. Tapi kalau tetiba bdak PEREMPUAN yg umor 4-5 tahun ada dekat lorong2 KL, hmmm, sumthing wrong sumwhere lahh. Kalau budak lorong boleh blah lg lahh. Siap boleh lastik pengepow lg. COME ON LAHH! realistik la sikit..! aku rase director boleh create scene yang logik lagi daripada scene seperti bdk perempuan kecik lastik penjahat. Maybe Amy tu jerit2 mintak tolong ke ape ke.
- Errr. Pesakit mcm Sam tu sah ke urusan jual beli dia? Siap beli eskrem lagi, KFC bagai. Haha!

Okay la, maybe ada yg cakap biasalah name pun cerita rekaan tapi fikirlah sket wehh. Cerita yang nak dibuat tu more tu cerita yang berlaku dalam hidup kita seharian. Tapi kalau sesape nak amek contoh filem2 yg gne CGI pastu nk condemn aku, baik xyah. Transformers tu pun kalau ikotkan memang xlogik pun, lagi xrealistik. Tapi kita kena faham konsep cerita tu adalah diadaptasi daripada kartun. Tapi lg, part yg xlogik aku rase adalah part awek Sam Witcwikiwiwkwiwkwi tu pegi ayat MEGATRON sampai si besi buruk tu 'cair'. Duhh~. Ada lagi satu cerita kt astro prima kot kalau xsilap aku. Tajuk cerita tu Sayanggggg Abah ke pe ntah. Watak Zul (si lelaki yg xnk mengaku die BF abby abadi walaupun 1Malaysiaaaaaaa tau diorg ni bercinta) menjadi org yg bisu dan pekak. Yang peliknya boleh plak dia berkomunikasi ng anak angkat die dengan kakak dia. N aku rase bahasa isyarat yg dia guna tu pun xbpe nk betol sgt. Haha. Y not kalau pengarah cerita tu cari je orang2 yg pekak dan bisu untuk berlakon cerita diorg. Dapat jugak bagi job dekat orang kurang upaya ni. Tu pun kalau betul nak buat cerita la. Kalau kau nk untung, gne jela pelakon2 yg ade yg konon yg nk versatile boleh bawak pelbagai watak. Tapi bler berlakon watak yg lain sket, HANCUR.

KESIMPULANNYA, filem SEKALI LAGI merupakan sebuah naskhah yang sangat mantap dari segi jalan cerita yang membuatkan penonton cerita ini untuk menonton cerita ini sekali lagi tiap kali citer ni habes sekali lagi hingga memaksa para penonton untuk menonton cerita SEKALI LAGI untuk mendapatkan kepuasan sekali lagi sehingga habes untuk sekali lagi dan diulang tonton semula untuk sekali lagi mendapat kepuasan yang maksimum dan habes buat sekali lagi sehingga..............................................................................................ok, dah la.

No comments:

Post a Comment