Untuk berbuka, aku xkisah makan ape pun. Tapi aku sangat kisah kalau berbuka tanpa KUIH. Tak kisah la kuih ape pun, yg penting die KUIH. Dua jenis kuih yg paling aku suka kuih deram dengan karipap. Sebab ape..? Sebab dua kuih ni meduduki carta teratas kuih yang wajib dimakan aku pada bulan Ramadhan 1432 Hijrah
Cuq Neram |
Alhamdulillah, xsusah aku nak cari kuih deram ni kt bazaar sebab ade satu gerai yg jual panas2. Kuih deram ni aku suka makan time die suam2 kuku. Kalau jenis yg dah packing dalam plastik tu nak bagi aku, mintak maaf. REJECT. Aku start suka mkn kuih ni time belajar kt Uitm Arau. Kuih Deram yg ade jual kt pasar malam RPA tu sangat menyelerakan. Kalau xsilap aku orang perlis panggil kuih ni 'cuq neram'. Eh?
Mula2 aku panggil kuih ni kuih telinga Curl-Link sebab bentuk dia ada iras2 telinga dan kaler die yg iras2 Curl-Link. Tapi bila dapat kt rummet aku, name kuih ni jd kuih telinga ROY. Haha. Kalau aku beli rm1, dapat dalam 7biji. So, sebab 7biji je, aku akan habiskan sebelum sampai bilik. Haha. Kalau rezeki lebih baru aku beli rm2 dan share dengan rummet nikmat telinga ROY ni. Nak tau ape kaitan name Roy dengan kuih ni. Persamaan kuadratik berikut mungkin dapat menjawabnya:
Telinga Roy = Telinga Curl-Link, so Roy adalah.......
![]() |
Karipap |
Kuih karipap feveret aku sepanjang zaman. Inti kentang dan keledek memang terbaik. Sesekali nk tukar selera, inti sardin menjadi pilihan. Selain daripada 3 inti yang dinyatakan, mintak maaf. REJECT. Bazar Kluang ni rata-rata karipap yang dijual oleh para peniaga sangat mengundang. 5 gerai aku pergi, 5 gerai aku maki. Pahala puasa sepanjang hari terjejas saat azan Maghrib didengari. Ternyata karipap tidak dibuat dengan penuh ikhlas dan kasih sayang. Untuk tidak kecewa buat kali ke-6. Aku ajak mak aku pergi beli tepung gandum dengan kentang sekilo, daging cincang sekilo. Balik rumah buat sendiri. Setakat ini, mak aku gagal untuk mengecewakan aku dengan karipap dia. Cuma aku je yang pernah sedikit kecewakan orang sebab karipap masin buatan sendiri. Haha.
Aku nak bagitau sikit,
Kepada para peniaga juadah di bazar, anda diseru untuk meningkatkan kualiti makanan anda terutamanya kuih karipap. Alasan berpuasa pada siang hari tidak boleh dijadikan alasan serta halangan kepada penghasilan juadah terutamanya kuih karipap yg berkualiti tinggi. Tindakan seperti merasa terlebih dahulu resipi anda di malam hari dapat membantu anda2 meng'edit' resipi juadah anda sekaligus dapat menghasilkan juadah yang berkualiti tinggi dan berjaya memuaskan hati kami yang berpuasa sepanjang hari.
KALAU MAKANAN KAU SEDAP, ORANG DAH TAK KISAH PASAL HARGA.
No comments:
Post a Comment