Tuesday, 23 August 2011

BOTAK II


Sambungan dari sini

Okay, sebelum ni aku dah story mory cerita pasal BOTAK versi sekolah menengah. Kali ni aku nak cerita BOTAK versi universiti.

Nama penuh beliau Mohd Hidayat Amaruddin. Nama sikit beliau BOTAK(ade lg org lain pggil die guna name lain). Sebab ape Botak, sebab die penah botak time die Diploma kot? Seseorang yang memiliki kening yg sgt 'rare' di bahagian kiri beliau sehingga melayakkan kening beliau terpilih sebagai model kening untuk majalah REMAJA edisi 15 April 2011 yg cover girl dia Sharifah Amani (yg penah memBOTAKkn kepala). Kening aku pun terpilih! (kalau xpercaya suka hati korg lahh). 
Gambar ini dicuri dari facebook beliau
Beliau ni sebenarnye senior aku se'tua' 2 semester. Beliau ni pada mulanya aku xsuka sebab poyo, bajet senior siap penah sound batch aku lagi mase aku Part 2 diploma kt Uitm Perlis. HUH~! Akibat kepoyoan die sound batch aku dulu, amek kau! sekarang dah satu batch ngan aku. HAHA! Padan muka ang! Aku rapat(rapat ke?) ng beliau pun selepas sesame melanjutkan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi di Uitm Shah Alam. Time tu kami menyewa di rumah sewa abang Zaidi bersama2 sehingga la beliau dpat call up untuk main bola dengan Uitm. So, beliau terpakse la berpindah ke kolej meninggalkan aku dengan seorg lg mmber terkontang-kanting. Haha! Tapi walaupun kami tidak tinggal sebumbung, tapi kadang2 kami masih makan bersame(walaupun budak bola disediakan makanan), tengok Maharaja Lawak sesame, tengok game ManUtd sesame. Beliau juga pandai cari aku mase musim final exam dan musim test. Konon2 nak study sesame. Kesudahannye, beliau akan end up dengan laptop ACER aku nihh manakala aku end up dengan tilam yg siap dengan pakej bantal. Haih~ Botak2........

Beliau ni seorang yang pandai tp MALAS. Kadang2 aku describe die sebagai seorang yg kurang cerdik. Yelah xpasal2 ko extend Diploma ko sebab xdatang waktu BRASS BAND untuk 2 semester kot kalo xsilap. yang pasal subject2 lain tu malas lah aku nk cerita. Die kantoi bukan sebab fail die xphm or xtau. Tapi sebab MALAS.! standard la orang melayu kn. Hahaha!

Walaubagaimanapun, beliau merupakan seorang pemain bola sepak yang handal. Setakat nk dribble beberapa orang tu, beliau kecikkn sket mate selamber je lepas siap gelak2 nganjing lagi kalo lepas. Kalau xlepas beliau akan mental. Haha! Tujuan kcikkan sket mate beliau adelah sebab beliau ni rabun. Beliau kate dengan menggunakan teknik mengkecikkan mate dapat membantu retina beliau untuk menfokuskan imej. SEE! Pandai kn beliau? Hmm. Tapi handal2 beliau ni main bola pun, sejujurnya aku xpernah tengok dengan mate aku sendiri die skor penalti. Baik time main ng Uitm Perlis or Uitm Shah Alam. Aku ulangi aku xpernah TENGOK ataupun LIHAT dengan mate aku sendiri sama ade dalam keadaan mate yg kecik ataupun besar. Kalau ade beliau skor penalti pun mesti aku xtengok game tu. Haha. Dan yang terbaru ianya berlaku ketika perlawanan akhir Liga Bolasepak IPT antare Uitm Shah Alam dan Kolej Komuniti Kedah. Uitm Shah Alam menang penalti setelah terikat tanpe jaringan pada 120 minit perlawanan. Dalam game tu beliau dimasukkan pada minit ke 119. Nampak sgt function die time penalti je. Haha. Beliau ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti yg pertama dan pada ketika itulah terserlah gaya ala-ala Paul Scholes nk anta long ball ke arah Nani di hujung padang. Beza Botak ng Scholes, Scholes target Nani sedangkan Botak target palang. Persamaan mereka berdua adalah kedua-duanya berjaya sampai ke target masing2 dengan jayanye! CLAP! 2x* Nasib baik Uitm menang. Kalau xmenang arituh, confirm diorang kalah.
lebih kurang mcm ni la gaya dia
Hmm..berakhirlah kisah 2 orang budak botak dalam hidup aku. Haha! Sekarang ni aku ng Botak RMC masih lagi keep in touch tp agak jarang bertemu. The best thing pasal Botak RMC nih, dia penah pick up aku kt Puduraya pada waktu orang lain tengah tido. Pkul 4 pagi woii!. Tapi aku tau dia boleh pick up aku sebab dia ni burung hantu. Haha. Tido pagi, berjaga malam.

Botak 'Mr Penalti' ni plak aku akan mengadap lagi kening pelik dia untuk 3semester akan datang~.......

No comments:

Post a Comment